Khamis, November 13, 2014

Hitam Putih... Feminin...

Sedikit kelainan kali ini, selepas sekian lama kita diwarnai dengan warna-warna indah daripada Feminin.. apa kata kita lihat pula kesan apa yang bakal diberi jika Feminin hanya hadir dalam warna HITAM serta PUTIH...

Gaya lebaran dalam busana ringkas iaitu baju kurung Kedah dan kain sarung. Walaupun dipersembahkan dalam dua tona warna, namun dengan boot Doc Mart dan rambut potongan pendek ditambah pula dengan padanan fabrik yang menarik serta teknik fotografi retro... hasilnya menjadi 'mahal' apabila diperagakan Feminin.

Bold & Beauty!!! Menarik sungguh kesan daripada keberanian mereka bereksperimentasi. Dress labuh yang ditambah dengan elemen 'cowgirl', western style makin terserlah dalam foto hitam putih ini.

Foto hitam putih ini pula berjaya menghasilkan gaya remaja yang ranggi, ceria dan bertenaga dalam adunan ciri-ciri ketimuran yang tidak disisihkan.

Kejelitaan, keayuan, kecantikan, keseksian dan apa sahaja kata-kata indah untuk kaum Hawa berjaya diserlahkan dalam foto ini. Bagi kami kesan tona hitam dan putih lagi memberi impak berbanding versi yang berwarna.

Inilah penampilan korporat cara Feminin. Selari dengan Feminin yang mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan penubuhan Feminin Production, penampilan formal ini menceritakan hala tuju dan juga visi mereka dalam bidang yang baru mereka ceburi ini.

Riang ria Feminin berjaya dikongsi dalam foto ini. Kita yang melihatnya terus dapat merasa sama dunia penuh kegirangan Feminin yang tidak ditelan waktu. Ianya mampu membawa kita terus dibuai momen indah Feminin suatu masa dahulu yang masih segar dibenak fikiran.

Perhatikan pandangan mata setiap anggota Feminin... pandangan ceria penuh keikhlasan sampai kepada kita yang memerhatinya. Kejernihan mata masing-masing makin terselah dalam hasil gambar dua tona warna ini.


Apa yang dapat kami simpulkan, biarlah sekadar hitam dan putih... kehebatan serta aura legenda yang dimiliki Feminin ternyata mampu memberi 1001 warna serta kisah yang tersendiri buat peminat mereka. Keupayaan mereka untuk berkongsi rasa dan cerita dalam sekeping foto memang diakui dan sukar untuk diadaptasi oleh bukan calang-calang artis. Hanya mereka yang betul-betul tulus dalam berkarya disekalikan dengan bakat unik... maka lahirlah Feminin!