Khamis, Julai 17, 2014

Photos Collection - Hari Raya (Part 7)

Musim raya tiba lagi... Setelah bertahun-tahun kita lihat gaya Feminin di Aidilfitri semasa mereka masih aktif sebagai artis, apa kata kali ini kami kongsikan pula gaya raya mereka terkini setelah Feminin mengundur diri dari dunia seni.

Dalam pada kita sibuk membuat persiapan lebaran, mari saksikan gaya raya Feminin setelah mereka berkeluarga. Moga menambahkan lagi keceriaan dan kemeriahkan Syawal kali ini!


As bersama suami tercinta di pagi Syawal. Tetap cantik walaupun dengan tatarias yang amat nipis.
 
Tulang belakang As... suami dan anak-anak! Untuk makluman, sehingga kini As sudah dikurniakan dengan 4 orang cahaya mata.

Seperti kebanyakan keluarga yang lain di pagi raya, As turut memilih busana tradisional dengan warna sedondon satu keluarga.

Berbeza sedikit dengan Deq Nor, beraya sebagai ibu tunggal lebih bermakna untuk diraikan dengan tiga cahaya matanya yang sudah meningkat remaja. Deq Nor tampil ayu dengan kurung moden dari material moden bercorak abstrak.

Yatie pula lebih selesa tampil dengan busana jubah warna terang yang kena dengan tona kulitnya yang cerah. Bergambar kenangan bersama suami tercinta, Yatie nyata nampak muda dan ayu di pagi raya.

Gambar keluarga Yatie, istimewa dirakam untuk 1 Syawal. Untuk makluman, raya Yatie kali ini akan lebih bermakna dengan kehadiran cahaya mata nya yang pertama.

Foto terkini Along di pagi lebaran. Tidak kira apa sahaja yang digayakan, Along tetap nampak anggun walaupun sudah beranak dua. Memilih dengan tampil berbaju kurung dalam warna plain merah jambu, bertambah ceria raya dengan padanan tona warna sedondon suami serta anak-anaknya.
Gambar keluarga Along di awal Syawal!


Sempena kehadiran bulan yang mulia ini, kami di Just Feminin ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan kami sepanjang berada di alam maya ini berkongsi rasa dan cerita mengenai Feminin. Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan GOFF yang tetap utuh untuk lebih 20 tahun. Teruslah menyokong kami dan jangan lupa untuk berkongsi segala material berkenaan Feminin bersama-sama kami serta berilah sebarang idea yang bernas untuk memastikan Feminin terus kekal relevan sepanjang zaman. Feminin is OK!