Khamis, Januari 23, 2014

Feminin Snapshot Magazine - Part 1

Feminin sering menjadi rebutan pihak penerbitan majalah bagi dijadikan penghias muka hadapan disebabkan keupayaan mereka untuk menarik pembaca membeli majalah yang memaparkan cerita mengenai mereka. Ini juga boleh dijadikan kayu pengukur kehebatan serta populariti seseorang artis ketika itu. Secara tidak langsung situasi 'menang-menang' ini dapat merapatkan lagi hubungan antara artis dengan peminat mereka. 

Walaupun berada dipersada seni ketika itu, Feminin tidaklah terlalu tamak untuk sering muncul sebagai 'cover page'. Pada kebiasaannya, mereka hanya muncul sekali sahaja dalam setahun untuk satu-satu penerbitan. Demi menjaga nilai eksklusif Feminin, mereka sering hadir dengan imej yang berbeza antara satu penerbitan dengan penerbitan yang lain bersama cerita-cerita yang bukan murahan.

Berikut kami paparkan sebahagian 'snapshot' aksi dan kisah Feminin yang dikongsikan ketika mereka menjadi penghias muka depan majalah hiburan.


Kali pertama Feminin dipilih menjadi 'cover page' untuk majalah Media Hiburan tahun 1993.

Ketika ini mereka masih berlima dan sedang top dengan lagu 'Untukmu' serta imej berambut pendek dengan anting-anting besar!

Edisi ini mengulas reaksi Feminin terhadap tuduhan sesetengah pihak mengenai moral negatif anggota Feminin yang ternyata tidak tepat sama sekali hanya kerana pemilihan imej yang menongkah arus.

Lagi paparan kisah Feminin dalam Media Hiburan di awal tahun 1994 setelah dunia seni digemparkan dengan pengunduran Along dan keraguan vokal Feminin ketika menyanyi secara langsung. Semua reaksi Feminin ikongsikan dalam artikel ini.

Artikel yang mencungkil 12 rahsia Feminin yang mula menginjak ke alam dewasa. Dengan pemilihan imej yang betul-betul Feminin, 'cover page' untuk Media Hiburan kali ini ternya menyerlahkan sisi lain Feminin.

Ini pula aksi Feminin apabila menjayakan muka hadapan majalah VariaPop tahun 1996.

Artikel yang menyentuh tentang perancangan masa hadapan mereka serta aktiviti seni yang dirangka sempena kelahiran album 'Kembali'.

Sesi fotografi dilakukan di Feminin Production, selain memperkenalkan perniagaan mereka yang mula berkembang, ia juga dapat berkongsi suasana sekitar pejabat mereka dengan para peminat.




Khamis, Januari 09, 2014

Result Vote - Pole 11 - 13



Final result of votes collected from our blog:


Result of 11th Pole

Duration : January – April 2013
Question : What do you think if we organized a gathering for GOFF?
  1. Great idea, I will join : 25%
  2. I will join if Feminin members is there : 75%
  3. Not interested to join : 0%




Result of 12th Pole

Duration : May – August 2013
Question : What do you feel on the idea for Feminin to make a comeback?
  1. Awesome! : 84%
  2. Don’t care : 3%
  3. No need : 12%


Result of 13th Pole

Duration : September – December 2013
Question : What do you think about Feminin new compilation?
  1. Remarkable : 80%
  2. Just Nice : 20%
  3. Not Good : 0%



Thanks for your support... and keep on voting for our next pole!


Regards
Just Feminin