Rabu, April 17, 2013

Gang of Feminin Fan - 056 - 063




Just Feminin is welcoming our new follower as follows:


Congratulation!!! You are Gang of Feminin.

Rabu, April 10, 2013

Photos Collection - Various (Part 1)

Jom kita mengimbau kembali sata-saat gemilang Feminin dengan sisipan foto-foto menarik, kiriman rakan-rakan GOFF yang lain. Kami amat menghargai perkongsian ini dan merakamkan setinggi terima kasih kepada semua yang menyumbang.


Hitam dan putih memang antara warna selamat tetapi Feminin menjadikannya lebih 'classy and sexy'. Walaupun hanya bert-shirt putih, setelah dipadankan dengan tatarias dan juga gaya rambut yang berani, ditambah pula aura Feminin yang diketahui umum sebagai pencetus remaja berani... hasilnya memang diluar jangkaan!

Ramai beranggapan hijau antara warna yang agak sukar untuk digayakan, namun di tangan Feminin hasilnya amat luar biasa. Busana pilihan ketika menjadi penghias muka depan terakhir majalah URTV sebelum Feminin menyepi. Dilengkapkan lagi dengan hiasan kepala yang agak unik... hijau menjadi 'high class' digayakan mereka.

Ketika menghadiri majlis ulangtahun Media Hiburan tahun 1994. Feminin tampil ringkas tetapi 'trendy' sesuai dengan gelaran sebagai ikon fesyen yang mereka miliki. Pemilihan warna hitam dan putih menyerlahkan lagi sisi remaja lincah mereka.

Memilih busana 'rain coat' berwarna perak semasa menjadi penghias poster untuk majalah URTV. Berstoking paras lutut dengan rambut ditocang atas menghasilkan penampilan Feminin lain daripada yang lain. Penampilan ini pernah digunakan mereka ketika menjayakan rancangan terbitan bersama RTM-TVRI, cuma yang membezakan ketika itu adalah dandanan rambut yang lebih kreatif.

Satu lagi penampilan Feminin yang menjadi ikutan remaja ketika itu. Blaus longgar berwarna merah yang dipadankan dengan legging hitam amat sesuai dengan gaya remaja lincah yang mereka bawakan. Penampilan semasa mereka menyampaikan lagu 'Rindu' untuk rancangan Hiburan Minggu Ini.

Tatarias hebat yang berjaya merubah rupa Feminin kepada 'China Dolls'. Dengan busana daripada fabrik lace mengikut warna tema setiap anggota Feminin menyerlahkan lagi perwatakan riang gembira mereka.

Feminin dengan imej semasa album 'Kembali' dilancarkan. Imej mereka ketika ini adalah lebih urban kebaratan. Dengan dandanan rambut yang ditocang ala Afrika, Feminin hadir sebagai penghias depan Pancaindera dengan gaya yang lebih segar tetapi matang.

Antara foto-foto awal kehadiran Feminin di persada seni tanahair. Berpakaian tajaan Apple Mints (mereka adalah duta kepada jenama ini), jeans 'bareback maxi' warna terang dengan kasut boot Doc Mart memang antara barang mesti milik dahulu kala.

Foto-foto ini ternyata berjaya 'menyampaikan' 1001 cerita mengenai era kehebatan serta kegemilangan Feminin suatu masa dahulu. Walaupun ianya telah berlalu, namun kesan yang ditinggalkan terus terpahat kukuh dalam lipatan sejarah indah kita semua.