Mungkin ramai yang kurang menyedari, di zaman kegemilangan Feminin dahulu mereka jarang mengadakan sesi bergambar bersama artis-artis lain. Hal ini terjadi bukan kerana Feminin tidak suka disatukan dengan mana-mana artis tetapi mungkin kerana pihak penerbitan mendapati Feminin sesuai tampil sendirian dek kerana imej dan gaya yang hampir sempurna untuk satu-satu sesi fotografi.
Walau bagaimanapun ini tidak bermakna mereka tidak pernah bergambar bersama-sama artis lain terutamanya apabila tiba musim hari raya. Cumanya jika diperhatikan, artis-artis yang digandingkan bersama mereka mesti mempunyai imej serta gaya yang selari dengan Feminin agar hasilnya 'superb' dan tidak nampak janggal.
Untuk itu, ini lah kami tampilkan koleksi kurniaan di hari raya Feminin bergambar kenangan dengan artis-artis yang seangkatan mereka pada masa itu... Salam Lebaran...
Raya bersama kumpulan Shades
Feminin menggayakan busana kampung kontemporari untuk sesi fotografi dengan majalah Media Hiburan bersama kumpulan Shades. Pemilihan fabrik yang bukan dari material kebiasaan dengan warna garang menjadikan persalinan tradisional ini tampak lebih 'current' dan 'catchy' serta kena dengan selera remaja pada masa itu.
Shades juga mengenakan persalinan baju Melayu yang menggunakan material senada dengan Feminin menjadikannya kelihatan sepadan dan sesuai untuk tatapan dan pilihan anak muda untuk digayakan pada pagi Syawal.
Feminin bergaya dengan kebaya polos bewarna cerah yang dipadankan dengan selindang putih. Dandanan rambut yang ditocang dan disanggul menjadikan tema tradisional kontemporari amat memikat hati. |
Raya bersama kumpulan KRU
Umum mengetahui KRU merupakan antara mereka yang terlibat secara langsung dalam melonjakkan fenomena Feminin di Malaysia. Atas kelebihan itu, KRU menjadi antara artis yang sering digandingkan bersama Feminin dalam sesi fotografi khususnya untuk musim raya.
Raya bersama Tam dan kumpulan Dee Boyz
Feminin tampil santai yang diserikan dengan busana yang agak bebas dari segi material serta corak. Namun dengan fesyen klasik yang diserikan dengan solekan cara Feminin menjadinya tetap tidak jemu untuk mata memandang.
Tam dan Dee Boyz (kumpulan penari iringan Feminin) digandingkan bersama Feminin untuk sesi fotografi raya akhbar sisipan Pancaindera. |