Rabu, September 28, 2011

Photos Collection - Best of Four (Part 7)

Free Hair Looks

Bila berbicara tentang penampilan Feminin, tidak sempurna jika kita tidak kaitkan mereka dengan keunikan, lain daripada yang lain serta tersendiri tidak kiralah samada dari segi busana yang diperagakan atau tatarias atau penggayaan rambut mahupun pose bergambar. Namun begitu, mereka juga ada kalanya tampil sederhana walaupun tetap tidak lari dari Feminin yang dunia seni kenali. Kami himpunkan kini aksi-aksi Feminin dengan rambut lepas bebas tanpa digayakan 'over the top'!

Serba sederhana... tetapi dengan pose yang dramatik memberi hasil yang hebat.

Tampil ringkas dengan penggunaan warna-warna ceria mengikut warna tema setiap anggota Feminin

Biasa-biasa sahaja jika digayakan oleh orang lain, namun dengan persona mereka, aura Feminin tetap terserlah!

3 gambar berikut menyaksikan Feminin muncul dengan rambut lepas bebas setelah dikerintingkan. Walaubagaimanapun dengan sentuhan tambahan yang 'effortless', memberi hasil yang berbeza dari satu gambar ke satu gambar yang lain...

Serba hitam... Rambut lepas bebas dengan disisir tengah.

Serba putih... sepit digunakan menambah warna pada rambut yang digayakan bebas.

Ketepikan busana trendy yang dipakai, kali ini rambut bebas mereka disisir tepi pula...

Rabu, September 21, 2011

Photos Collection - Best of Four (Part 6)

Fesyen Rambut

Bagai aur dan tebing... itulah perumpamaan yang bertepatan untuk Feminin dan juga fesyen rambut. Untuk itu, entri kali ini kami fokuskan kepada gaya rambut Feminin sepanjang penglibatan mereka secara aktif dalam dunia hiburan. Saksikan koleksi foto-foto dengan pelbagai fesyen rambut yang pernah mereka gayakan.

Gaya rambut berpotongan pendek ala 'Tomboy' tetapi diserikan dengan aksesori dan tatarias yang tetap menyerlahkan Feminin.

Salah satu gaya rambut 'High Class' dari Feminin. Dandanan unik dan tersendiri mirip gaya di majlis rasmi Eropah.

Bergaya chicky dengan dua sanggul dari rambut yang ditocang. tidak keterlaluan jika kami nyatakan gaya ini lebih ke arah Oriental.  

Gaya rambut 70an dari Feminin. bijak mengadunkan gaya lama dengan sentuhan semasa. Rambut yang dicekak dari belakang dan diangkat tinggi nyata memberi kesan 'happy go lucky' sesuai dengan konsep yang mereka bawakan.

Berambut pendek ala helmet. Gaya yang berjaya bukan sahaja mencipta kelainan tetapi menjadi kegilaan remaja untuk meniru gaya ini pada ketika itu!

Gaya rambut ringkas yang diikat dua tetapi perhatikan getah pengikat rambut yang berwarna terang, gaya ringkas menjadi 'mahal' bila digayakan oleh Feminin. Inilah antara keupayaan mereka yang menjadikan mereka berada pada kelas yang tersendiri!

Lagi gaya rambut helmet Feminin cuma bezanya kali ini untuk tidak nampak sama, mereka runcingkan/lentikkan dihujung rambut mereka.

Walaupun tetap bergaya rambut helmet, mungkin pada yang lain berambur pendek membataskan penampilan tetapi tidak bagi Feminin. Padanan hitam dari tatarias wajah sehinggalah ke busana yang dikenakan menjadikan penampilan mereka lain daripada yang lain walaupun berambut pendek. 

Rambut tocang Poney yang diadun sempurna dengan juntaian rambut menutupi dahi. Feminin tetap Feminin...

Gaya rambut ringkas daripada Feminin. Rambut disisir kemas ke belakang yang diikat sanggul. Dikenakan pula dengan busana yang bersesuaian, walaupun bergaya rambut ringkas namun berjaya mencipta keunikannya yang tersendiri.

Gaya rambut ranggi daripada Feminin!!!

Khamis, September 15, 2011

Photos Collection - Best of Four (Part 5)

Aksesori Kepala

Kebijaksanaan Feminin dalam berfesyen serta mencipta kelainan memanglah tidak dapat disangkal lagi. Sebagai 'trendsetter' remaja ketika itu, segala yang dilakukan oleh Feminin khususnya berkenaan imej dan cara penampilan ternyata memberi kesan dan ikutan.

Kali ini kami himpunkan foto-foto mereka ketika beraksi dengan menggunakan aksesori di kepala. Perhatikan, kadang kala dengan hanya menggunakan 'effort' yang sedikit tetapi melakukannya diluar kotak atau lain dari kebiasaan, ternyata mampu memberi impak yang cukup besar...

Salah satu imej Feminin yang terus menjadi sebutan sehingga kini... menggunakan sepit rambut besar dan berbagai corak!

Walau dengan hanya bercekak rambut simple... tetapi pemilihan warna terang yang diadunkan dengan dandanan rambut yang sesuai berjaya menghasilkan nilai eksklusif pada penampilan Feminin.

Gaya Feminin ke majlis rasmi bersama riben ropol di kepala.  Dilengkapi dengan busana bercorak terang menyerlahkan sisi remaja ceria mereka tetapi tetap menepati tema majlis yang formal.

Menuju kedewasaan... memperagakan imej dengan berselindang di kepala menjadikan transformasi umur mereka tetap vouge!

Satu lagi gaya matang yang ditampilkan oleh Feminin. Menggunakan skarf dan rambut panjang palsu, berjaya menghasilkan 'kelembutan' mereka walaupun sering tampil lincah ketika beraksi di pentas...

Rabu, September 07, 2011

Discography - Album Kenangan Abadi Feminin


• Tajuk Album : Kenangan Abadi Feminin
• Terbitan : Warner Music
• Penerbit : Warner Music
• Tahun Diterbitkan : 2011
• Jumlah Trak : 14 lagu
• Lagu Popular : Untukmu... Kini, Kini & Kehadiran
• Jumlah Jualan : Melebihi 5000 unit

Ulasan :

Atas permintaan ramai, satu lagi album koleksi terbaik diterbitkan oleh pihak Warner khusus untuk para peminat Feminin. Album ini merupakan satu daripada siri 'Koleksi Abadi' yang dikeluarkan oleh pihak Warner untuk artis-artis yang pernah bernaung di bawah mereka suatu masa dahulu. Tidak seperti album koleksi mereka terdahulu, tiada lagu baru yang diselitkan untuk koleksi kali ini. Koleksi ini juga hanya menghimpunkan pilihan terbaik dari dua album Feminin iaitu 'Kini' dan 'Kembali'.

Untuk 'cover album' pihak Warner telah memilih foto daripada imej mereka ketika berambut pendek, bagi kami ia merupakan foto yang menjadi antara 'masterpiece' terbaik Feminin. Memandangkan ia dijual pada harga murah, inlay untuk album ini juga sekadar ada dan tidaklah boleh dijadikan kenangan abadi (walaupun masih berbaloi untuk memilikinya...) untuk para peminat Feminin.