Sesekali apabila Feminin mengenakan busana elegan dengan ciri-ciri yang lebih kewanitaan ternyata menyerlahkan lagi keayuan mereka. Inilah yang mereka tampilkan dalam salah satu persembahan mereka ketika menyertai program Hiburan Minggu Ini atau HMI. Rancangan HMI dalam sekitar tahun 1990an merupakan antara rancangan mesti tonton pada hujung minggu kerana sering menampilkan artis-artis popular semasa yang menpersembahkan lagu-lagu terkini mereka, tetapi sayang rancangan ini tidak diteruskan sehingga kini.
Pada rancangan HMI ini, Feminin telah mempersembahkan sebuah lagu balada iaitu 'Dunia Cinta'. Walaupun lagu ini agak membataskan pergerakkan mereka yang terkenal dengan aksi lincah dan ceria, namun kerana kreativiti mereka yang sentiasa berfikir di luar kotak, lagu berentak perlahan mampu di visualkan secara eksklusif dan tersendiri. Dengan mengenakan pakaian full dress bercorak bunga-bunga kecil dengan warna ceria serta pilihan aksesori korset leher mampu untuk mengetengahan imej Feminin yang tersendiri. Persembahan secara miming ini antara koleksi utama mereka yang ternyata wajar dijadikan ikon!