Rabu, Januari 26, 2011

Photos Collection - Best of Four (Part 4)

Chest Close Up

Jika dalam entri 'Best of Four (Part 1)' sebelum ini kami kumpulkan aksi-aksi Feminin ketika merakam gambar dalam teknik 'face close up', kali ini kami himpunkan pula gaya-gaya mereka ketika bergambar dengan teknik 'chest close up'. Selain hebat berposing penuh, mereka juga berkemahiran untuk terus memberi persona dalam kelas yang tersendiri bagi teknik ini. Ini memberikan kelebihan dan pilihan yang variasi kepada pihak jurugambar untuk disesuaikan dengan penerbitan mereka. Saksikanlah...

Antara 'masterpiece' mereka untuk 'chest close up'. Aksi selamba tetapi seksi...

Berposing paras dada dalam posisi yang sama.
Dengan rambut ala Afrika dan diadun dengan riben (satu kreativiti hebat!).

Posing paras dada dengan berhadapan antara satu sama lain. Ianya ringkas, tetap unik!
 
Berketrampilan mewah dalam pakaian hitam elegan serta rambut yang didandan eksklusif.

Siapa kata berambut pendek membataskan penampilan... Feminin membuktikan ia boleh dipelbagaikan...


Walaupun berpenampilan 'botak', Feminin tetap Feminin!

Dalam gaya ala korporat dengan rambut disisir ke belakang dan diikat rapi.

Ranggi dan lain daripada yang lain...

Hakikatnya... memang tidak dapat dinafikan, walau apa aksi atau gaya yang dikehendaki, Feminin tidak pernah gagal untuk memberikan hasil yang terbaik. Tanpa disedari, ini lah juga antara faktor kenapa Feminin terus menjadi ikon serta pujaan sehingga kini, jika tidak selamanya tetapi mungkin untuk suatu tempoh yang panjang!

Selasa, Januari 18, 2011

Photos Collection - Best of Four (Part 3)

Santai Cara FEMININ

Memang diakui Feminin sering tampil dengan gaya yang berani, terkini dan sofistikated. Namun begitu mereka juga tidak kekok untuk tampil secara santai. Dengan mengenakan make up yang nipis serta tatarias yang tidak keterlaluan Feminin tetap unggul dan berjaya mencipta momen menarik untuk dirakam.

Gaya santai ala 'tomboy' ketika Feminin berimej rambut pendek,
namun ciri-ciri Feminin tetap terserlah.

Santai bergaya remaja lincah dan riang dengan pilihan warna ceria.

Walaupun berbusana santai (mungkin mengenakan koleksi peribadi), dengan teknik bergambar dan berposing yang fokus dan terarah, trademark Feminin masih jitu terserlah dalam setiap foto yang diambil. Mungkin tanpa disedari, sekalipun Feminin tidak tampil seperti biasa dengan imej seragam atau berfesyen terkini, penampilan setiap anggota Feminin masih dalam 'tema' serta 'nada' yang sama.

Gaya santai Feminin pada zaman peralihan alam remaja ke dunia dewasa.
Feminin tampil rugged dengan t-shirt beserta jeans
tetapi masih mengekalkan sisi Feminin yang eksklusif.

Selasa, Januari 11, 2011

Photos Collection - Best of Four (Part 2)

Gaya Baru - Boot dan Stoking Panjang

Koleksi berikutnya ini, kami himpunkan pula gaya-gaya Feminin ketika mereka berimejkan boot dan stoking panjang. Ianya merupakan suatu yang baru dalam arena fesyen pada masa itu dan seperti biasa Feminin terus menjadi pencetus kepada aliran gaya baru remaja!

Berstoking paras lutut dan kasut bertapak flat atau snikers

Gaya boot paras lutut berskirt kulit pendek

Feminin merupakan antara artis yang bijak bergaya tetapi dalam jumlah kos yang tidak keterlaluan. Kebijaksanaan mereka melakukan 'mix and match' serta tatarias rambut yg pelbagai berjaya menghasilkan imej yang sentiasa berlainan dan segar, walau pun hakikatnya busana yang dikenakan pernah dan telah digayakan sebelum ini. Perhatikan kesan berbeza dalam pernampilan hasil kreativiti mereka pada sesi fotografi bersama pernerbitan berlainan dalam foto-foto berikut:-



Berikut pula kami sertakan lain-lain penampilan Feminin semasa mereka berimejkan boot dan stoking panjang yang sempat kami kumpulkan untuk tatapan semua. Enjoy the moments!!!

Memilih stoking dan skirt pendek berwarna warni

Bergaya bersama motorsikal Kriss keluaran Modenas

Sesi fotografi bersama kumpulam All 4 One


Rabu, Januari 05, 2011

Photos Collection - Best of Four (Part 1)

Face Close Up Posing

Along telah mengundurkan diri sebelum album kedua Feminin dilancarkan atas faktor-faktor peribadi. Namun begitu ia tidak menggugat perjalanan seni Feminin. Perpindahan Feminin dari label rekod NSR ke Warner Music nyata terus menjadi titik gemilang kepada jenama Feminin. Dengan kelahiran album 'Feminin Kini' pada tahun 1994, populariti Feminin terus melonjak.

Kali ini kami ingin berkongsi detik-detik indah Feminin ketika mereka berempat. Selain lagu, imej dan gerak tari, Feminin juga terkenal dengan teknik atau pose gambar yang menarik serta lain dari yang lain. Untuk Part 1 ini, kami himpunkan gambar-gambar mereka ketika beraksi dengan 'face close up' posing.
  

Cover album 'Feminin Kini'

Poster untuk album 'Feminin Kembali'


Ketika pelancaran album 'Feminin Kembali'

 
Gambar di awal Feminin ketika mereka berempat

Ketika sesi fotografi dengan majalah URTV

 Dua gambar berikut ketika sesi fotografi untuk majalah Media Hiburan



Empat gambar berikut pula ketika sesi fotografi untuk Kumpulan Utusan





Teknik bergambar ini antara signature terkenal kumpulan Feminin... sementelah cover album kedua mereka turut menggunakan gambar teknik ini.